Saturday, February 26, 2011

Zikry

Arnab

sudah lama jugak kami membela arnab-arnab ini, saja suka-suka dan juga baja najis arnab. Namun, kami berhasrat utk letgo tiga ekor arnab yg gambar pertama sekali...sbbnya nak bela arnab loop ear. Tak larat nak bela byk-byk dgn sekarang ini ada 4 ekor keluarga baru(kalau hidup)... tempat dah sesak.

26-02-2011

Hari ini genap 11 hari anak-anak arnab ni lahir kedunia. Tapicuma tinggal 4 ekor daripada 5 ekor. Seekor telah mati sebab ianya yang paling lemah. Comel gak anak anak arnab ni. 2 ekor color brown, seekor hitam(yg paling besar) and seekor kelabu. InsyaAllah, kalau Allah izinkan semuanya harap-harap hidup sampai besar. Masalahnya, ibunya tak nak menyusukan anaknya, mungkin bila org tidak melihat, ia menyusukan anaknya... entahlah.Makanan palet tu utk ibunya...saja letakkan dlm bekas sbb nak suruh ibunya rapat dgn anaknya.

Tuesday, February 15, 2011

Ahli keluarga baru

Sempena Maulidur Rasul hari ini kami sekeluarga menerima ahli keluarga baru. Terkejut bila pagi tadi kami lihat anak anak Hitam terkapai kapai dlm sangkar. Hitam langsung tak bagi tanda bunting,tiba tiba aje beranak. 4 ekor semuanya anak Hitam. Tawakal ajelah samada semuanya hidup atau tidak. Hitam pulak macam tak berapa nak menyusukan anak-anaknya. Mungkin baru lagi agaknya. Aku pulak kali pertama mendapat arnab yang beranak. Kita tunggu dan lihat sepanjang 3 minggu yang akan datang. Opps, ada seekor anak arnab tu masuk dlm parit...kasihan merangkak-rangkak cari ibunya. Anak saya yang nampak. So, ralat: semua sekali anak arnab ada 5 ekor.