Tuesday, February 15, 2011

Ahli keluarga baru

Sempena Maulidur Rasul hari ini kami sekeluarga menerima ahli keluarga baru. Terkejut bila pagi tadi kami lihat anak anak Hitam terkapai kapai dlm sangkar. Hitam langsung tak bagi tanda bunting,tiba tiba aje beranak. 4 ekor semuanya anak Hitam. Tawakal ajelah samada semuanya hidup atau tidak. Hitam pulak macam tak berapa nak menyusukan anak-anaknya. Mungkin baru lagi agaknya. Aku pulak kali pertama mendapat arnab yang beranak. Kita tunggu dan lihat sepanjang 3 minggu yang akan datang. Opps, ada seekor anak arnab tu masuk dlm parit...kasihan merangkak-rangkak cari ibunya. Anak saya yang nampak. So, ralat: semua sekali anak arnab ada 5 ekor.

No comments: